Nama sebenar al-Ghazali ialah Hujjah al-Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali
Muhammad bin Muhammad bin at-Tusi, dan digelar Samsuddin. Ada juga tokoh
mengatakan nama sebenar al-Ghazali ialah Muhammad bin Muhammd bin Muhammad
bin Ahmad. Tiga Muhammad yang berturut-turut merupakan namanya sendiri, nama
bapanya, kemudian nama datuknya dan Ahmad itu moyangnya. Seorang berbangsa Parsi,
beliau dilahirkan di Thus di dalam wilayah Khurasan pada tahun 450 Hijrah, bersamaan
dengan 1059 Masihi dan hidup di sekitar zaman Perang Salib. Bapanya adalah seorang
penenun bulu dan menjualnya di pasar Thus. Mempunyai seorang adik bernama Ahmad
yang digelar al-Futuh. Pendidikan asas yang diterima al-Ghazali ialah menghafal al-
Quran, asas membaca dan menulis, ilmu nahu Bahasa Arab, matematik, dan fiqah. Beliau
lancar menghafaz al-Quran dan paling cekap berdebat di zamannya. Semasa kecilnya, al-
Ghazali mempelajari sebahagian ilmu fiqh dari Imam Ahmad al-Razkani di tus, kemudian
berpindah ke Jurjan untuk menuntut pula dengan Imam Abu Nasr al-Ismaili
Kemudiannya, Imam al-Ghazali berpindah ke Naisabur atau Nieshapur untuk menuntut
ilmu dari Imam al-Haramian Abu al-Maali al-Juwaini (419-478 H) sehingga beliau mahir
dalam mazhab Syafi’I, ilmu khilaf, perubatan, usuluddin, usul fiqh dan matiq. Juga dapat
ilmu hikmah dan falsafah dan pernah menjadi pensyarah di Universiti an-Nizamiyyah
dan di sinilah beliau berada dikemuncak keilmuannya. Imam al-Ghazali telah
menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Isnin 14 Jamadil Akhir tahun 505
Hijrah.
KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI
Al-Ghazali Dan Pandangannya Terhadap Falsafah. Ilmu falsafah berpindah kepada bangsa Arab hasil galakan Khalifah al-Makmum dan kerja tangan pakar-pakar penterjeamh(Salih Ahmad al-Syami:2001). Banyak buku mantiq dan falsafah berbahasa Syria, Yunani dan Parsi yang dikarang Aristotle diterjemahkan ke dalam Bahasa Arab. Imam al-Ghazali mempelajari ilmu falsafah untuk menyelamatkan dirinya sendiri dari perasaan syak dan keraguan, di sampinguntuk mendapatkan rahsia yang akan dijadikan panduan untuk sampai kepada hakikat dan kebenaran.
Al-Ghazali menemui kebenaran yang dicarinya dalam ilmu tasawwuf, yang
dimana sekarang dinaamkan Mysticism. Di sinilah perpisahan antara al-Ghazali dengan
sarjana-sarjana Eropah yang sama-sama menganut fahaman skeptic- tetapi pada akhirnya
emnempuh jalan yang menyimpang jauh dari agama. Imam al-Ghazali menerangkan
bahawasanya Ibnu Sina dan al-Farabi adalah tokoh yang bertanggungjawab
memindahkan ilmu Aristotle. Menurut beliau, falsafah secara ringkasnya dikategorikan
kepada enam aspek penting iaitu: matematik, fizik, metafizik (ketuhanan), politik, logik
dan etika (akhlak). Ilmu matematik ialah ilmu tentang kira-kira, geometrid dan lain-lain
yang mana tidak ada hubungan langsugn degnan agama. Beliau tidak menolak ilmu ini
kerana ia ilmu yang berdasarkan dalil dan bukti. Ilmu fizik adalah berkaitan tentang
kajian alam, langit, air, udara serta segala planet dan bintang dan bukanlah syarat agama
menyagkal ilmu ini.Berbanding dengan yang lain, ramai pula ahli falsafah yang tersalah tentangmetafizik. Mereka tidak lagi berdaya memenuhi keperluan pembuktian sepertimana yang
KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI
mereka isyaratkan dalam ilmu mantiq dan ini menyebabkan banyak persilisihan di antara
merka dalam menguasai masalah ini jumlah keaslahan mereka sebanyak dua puluh(20)
kesalahan. Tiga daripadanya wajib dikafirkan dan tujuh yang lain dihukum bid’ah. Tiga
masalah yang seemmangnya menyalahi pendapat orang Islam ialah ; jasad manusia tidak
dibangkitkan semula pada hari kiamat, Allah SWT hanya tahu perkara-perkara yang
umum(universal) dan tidak tahu perkara yang khusus(particular) dan, alam ini qadim dan
azali. Politik pula berdasarkan perbincangan mental yang menyentuh tentang hukumhukum
masalah yang berkaitan dengan urusan duniawi. Ilmu logik pula tidak ada
hubungkait dengan sama ada menentang atau menyokong, malah ilmu ini
membincangkan cara-cara pendalilan dan qiyas (syllogism). Etika pula tertumpu kepada
menentukan sifat-sifat yan patut menhiasi jiwadan pelakuan seseorang yang memang
banyak jenis ragamnya
Walaupun begitu, menurut Imam al-Ghazali, Islam tidak melarang mempelajari
ilmu-ilmu seperti falsafah Greek asalkan ia tidak bertentangan dengan Islam sebagaimana
dibahaskan di dalam karyanya yang berjudul Tahafut al-Falasifah mengenai fizik dan
metafizik yang mengatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan.Walaupun
beliau bersetuju dengan sumbangan teori falsafah yang dipelopori oleh Aristotle dan
Plato terhadap nilai keilmuan, namun tidak kesemuanya beliau terima kerana terdapat
bahagian dari bidang falsafah yang bertentangan dengan akidah Islam.
Dalam kitab al-Munqidz Min ad-Dhalal, al-Ghazali menyatakan bahawa para filsuf
yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran yang berciri kekufuran
dapat dibahagikan kepada tiga golongan; golongan pertaamialah golongan ad-Dahriyyah
(Athiest) yang mana mengingkari adanya Tuhan. Kata mereka, alam ini ada dengan
KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI
sendirinya. Seperti haiwan yang ada melalui mani dan mani dari haiwan tanpa kesudahan
lingkarannya, demikian pula halnya dengan alam ini. Golongan ini adalah zindik.
Golongan kedua ialah golongan at-Tobi’iyyah (Naturalist) yang mana memusatkan
perbahasan pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Keajaiban yang
mereka temui menjadikan mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana.
Golongan ini berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Lantaran itu
mereka mengingkari adanya hari akhirat, syurga dan neraka. Golongan ini juga termasuk
zindiq. Manakala golongan ketiga pula ialah golongan al-Ilahiyyah (Theist). Golongan ini
muncul daripada dua golongan yang telah dinyatakan dan mereka yang tergolong dalam
golongn ini antaranya Socrates, Plato dan Aristotle. Secara keseluruhannya, golongan al-
Illahiyyah ini menolak kedua-dua golongan terdahulu. at-Tobi’iyyah. Pada pendapat al-
Ghazali, Aristotlelah yang bertanggungjawab menyusun ilmu mantiq dan merapikan lagi
kaedah-kaedah sains. Aristotle juga menyanggah pemikiran para filsuf sebelumnya,
tetapi dia sendiri tidak mampu membebaskan diri daripada sisa-sisa kekufuran. Namun
begitu, ilmu-ilmu falsafah selain yang membincangkan sifat ketuhanan boleh diterima
selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh al-Ghazali ilmu matematik
yang tidak dapat diingkari kebenarannya. Selain itu, Imama al-Ghazali juga ada
menggariskan apa yang patut diberikan perhatian berkaitan falsafah. Di dalam
tulisannya, al-MunqizMin al-Dalal, al-Ghazali menjelaskan falsafah mendapat
kemenangan dan boleh berdiri sendiri disebabkan dua kesilapan, iaitu; Kesilapan yang
muncul kerana pembentangan yang buruk yang dilakukan oleh orang-orang yang
membentangkan pendapat mereka tentang falsafah, dan yang kedua, kesilapan yang
muncul dari kejahilan pihak yang mempertahankan Islam dengan secara keseluruhannya
KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI
meningkari falsafah Imam al-Ghazali pernah memgatakan bahawa beliau tidak emndapati seorangpun daripada tokoh ulama’ Islam yang memberi tumpuan kepada ilmu falsafah. Walaupun para ulama’ kalam banyak mengecam falsafah namun dalam kitab-kitab yang mereka tulis tentang falsafah hanyalah terdapat kata-kata yang kabur, kusut –masai serta
bertebaran di sana-sini. Al-Ghazali bangkit melakukan tugas yang dilakukan oleh
ulama’-ulama’ lain, bahkan tidak mampu dilakukan oleh mereka iaitu mempelajari ilmu
falsafah. Ujar beliau “Dengan pertolongan Allah, dalam tempoh kurang daripada dua
tahun saya emmpelajari falsafah dapatlah saya menguasai hingga ke akhir batas ilmu itu”
Walaupun menentang, beliau tetap mengikut pandangan-pandangan al-Farabi dan Ibnu
Sina tentang kejiwaan disamping masih menjadikan Aristotle sebagai panduan dalam
karya falsafahnya.
Sebagai kesimpulan, dapat dilihat Imam al-Ghazali amat memandang serius
tentang ilmu falsafah lebih-lebih lagi yang menyimpang dengan agaam Islam. Pendapat
dan pandangan beliau tentang falsafah telah menyelamatakan umat Islam daripada terus
menyimpang dari dari akidah dan syarak Islam. Walaupun beliau menentang falsafah,
tetapi al-Ghazali menerima suatu falsafah asalkan ia tidak melanggar norma agama Isalm.
KAJIAN TOKOH FALSAFAH: IMAM AL-GHAZALI
Bibliografi
Mahmud Hamdi Zamzuq, 1973, Antara Falsafah Islam Dan Falsafah Moden Barat:
Suatu Perbandingan Antaa Al-Ghazali Dan Descartes, Kaherah:Maktabah al-
Anglo al-Misriyyah.
Salih Ahmad al-Syami, 2001, Perjuangan Al-Ghazali menegakkan Kebenaran &
Menghapuskan Kebatilan. Johor: Perniagaan Jahabersa
Hasyim bin Haji Musa, Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu; Suatu
Pengeanlan, Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu.
Prof. Dr. Awang Sariyan.2007, Falsafah Dan Logika Melayu.Selangor: Synergymate
Sdn. Bhd.
(http://tokoh1038.blogspot.com/2005/03/. Tokoh Islam Imam Al-Ghazali Perintis
Falsafah Islam.html)
(http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Ghazali)
(http://plato.stanford.edu/entries/al-ghazali/)
(http://www.geocities.com/pujangga1/0049.htm)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar